3/7/11

Didik Anak Takutkan Allah

Ni adik bongsu aku, Muhammad Danish...


Alhamdulillah, sudah beberapa bulan aku berniaga di pekan hari ( lebih kurang pasar malam tapi buat siang ). Aku menolong jiran aku berniaga belacan dan surat khabar. Pelbagai ragam aku saksikan. Pelbagai jenis orang aku sudah kenal, kebanyakannya rakan niaga sepekan hari dan sepasar malam.

Dekat depan meja aku meniaga surat khabar ni ada la satu keluarga. Mereka buka 2 meja. Satu jual VCD/DVD cetak rompak dan satu lagi jual nasi lemak. Mengikut pemerhatian aku, hidup mereka ni kurang didikan agama dan sangat tandus pengahayatan Islam.

Mengapa aku katakan sedemikian? Sebab, semuanya dari pandangan aku terhadap fizikal mereka. Yang lelaki memakai rantai dan gelang perak, dan suka menghamburkan kata-kata kesat. Yang perempuan, rambutnya diwarnakan, memakai jeans yang amat ketat ( aku rasa kalau cirit, memang payah nak buang tu sebab ketat sangat ), baju pun amat ketat dan kadang-kadang mengenakan seluar fit ( tight ).

Sabda Nabi SAW , dari Ibnu Abbas mengatakan: 
“Nabi SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. 
( Hadis Riwayat al-Bukhari )

Tak ketinggalan, mereka ada seorang baby, dalam linkungan umur 1 tahun anggarannya. Baby tu agak comel. Tetapi, macam kata orang kampung, ' like father, like son '. Baby tu pun dipakaikan dengan rantai dan gelang perak. Setakat itu, aku boleh nampak sesuatu yang tidak kena tentang perihal pendidikan anak-anak mereka. Tidak mengutamakan agama dalam mendidik anak-anak. Tidak mengajarkan anak-anak takut kepada Allah.


Sabda Baginda S.A.W yang bermaksud :
"Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah ( suci ). Maka ibu bapa lah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi "
( H.R Bukhari dan Muslim )


Kisah Khalifah Umar Abdul Aziz Semasa Kecil 

Sejak kecil Umar didik dengan penuh kasih sayang oleh Laila Ummu Ashim dan suaminya Abdul Aziz. Pada suatu hari ketika anak kecil itu duduk sendirian, tiba-tiba dia menangis. Laila Ummu Ashim segera mendapatkan anaknya.

"Mengapa kamu menangis, anakku?" tanya Laila Ummu Ashim.

"Ibu, semalam kita menziarahi jiran yang meninggal dunia. Saya masih kecil, dan saya takut mati...,"jawab anak kecil itu.

Laila Ummu Ashim memeluk erat anaknya sambil berusaha menenangkannya." Semoga Tuhan merehmatimu, anakku. "

Pada suatu hari yang lain, Umar melihat ibunya sedang memasak makanan di dapur. Tiba-tiba dia menagis tersak-esak. " Mengapa kamu menangis ?" tanya Laila Ummu Ashim hairan.

"Saya teringat cerita ibu mengenai neraka. Saya lihat ibu membakar ranting-ranting kayu kecil sebagai umpan api. Di akhirat kelak tentu kanak-kanak kecil seperti saya dahulu yang dimasukkan ke dalam neraka sebagai umpan apinya," jawab Umaar yang masih dalam tangisannya.

Laila Ummu Ashim bersyukur kepada Tuhan kerana anak kecilnyas udah mendapat hidayah dan dia semakin tekun mendidik anaknya kesayangannya itu.

Lihatlah saudara saudari sekalian. Bagaimana bermulanya hidup seorang pemimpin Islam yang hebat. Beliau diasuh dan dan diajar dengan begitu tekun oleh ibu bapanya. Bukan diajar takut kepada HANTU tetapi takut kepada TUHAN ( Allah S.W.T ). Akhirnya satu natijah yang baik dapat dihasilkan bahkan diingati oleh umat manusia hingga kini.


Daripada Nu'man Bin Basyir r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 
Sesungguhnya siksaan penghuni neraka yang paling ringan ialah seorang yang akan diletakkan di bawah telapak kakinya dua bara api neraka yang panasnya akan mendidihkan otak di kepalanya. 
(Riwayat Bukhari & Muslim)


Anak Yang Menyedarkan Ibu

Pada suatu malam, Khalifah Umar bin Khattab ditemani pembantunya Aslam, meronda kawasan perumahan di Madinah. Mereka sampai di sebuah rumah yang terletak agak terpencil, lalu kedua-duanya duduk berehat melepaskan penat tanpa disedari penghuni rumah tersebut. Tiba-tiba mereka terdengar satu perbualan seorang ibu dangan anak gadisnya.

"Wahai anakku, tuangkan susu kambing itu ke dalam bekasnya. Esok ibu mahu menjualnya di pasar," arah si ibu.

"Ibu, separuh daripada susu ini tertumpah semasa saya tuangkan ke dalam bekasnya," beritahu si gadis.

"Campurkan susu itu dengan air supaya ia bertambah semula." Si ibu memberi cadangan.

"Tidakkah ibu tahu yang Khalifah Umar bin Khattab berpesan supaya jangan menipu dalam perniagaan?" Si gadis mengingatkan ibunya.

"Beliau tidak pernah ambil tahu tentang kita. Dia tidak tahu sekiranya kamu mencampurkan susu itu dengan air," tambah si ibu.

"Wahai ibuku, tidakkah kamu tahu, walaupun Khalifah Umar bin Khattab tidak nampak tetapi Allah melihat apa yang kita lakukan. Demi Tuhan, saya bukanlah orang yang mentaati-Nya di hadapan ramai tetapi menderhakai-Nya di tempat sunyi," Begitu halus kata-kata yang keluar daripada mulut si gadis itu.

"Benar katamu wahai anakku. Ibu mahu bertaubat." si ibu benar-benar insaf dengan kata-kata anak gadisnya.


Sangat ikhlas dan takut si gadis tu kepada Allah lantas merasakan dirinya sentiasa dilihat oleh Allah . Secara tidak langsung juga dapat menghalangnya melakukan perkara keji serta mungkar. Sungguh besar hasilnya jika mendidik anak takut kepada Allah. Kerana ia bukan sahaja untuk kepentingannya tetapi penting juga bagi mengingatkan ibu bapa yang juga insan biasa ketika alpa.


Nak baca lagi tentang didikan untuk anak-anak? Jenguk la link kat bawah :

Apakah Pendidikan Yang Paling Utama Untuk Anak-Anak : 
Nak didik apa dulu. ABC ke, 123 ke atau apa? ( sini )



Wallahua'lam
 


Muhammad Iqbal
Baling, Kedah.


4 comments:

  1. bagus..satu cabaran di masa kini sebab ramai yg dilatih untuk takutkan hantu..

    sebab itu pentingnya teladan yang baik..

    ReplyDelete
  2. Terlalu banyak sangat drama dan filem HANTU kat Malaysia ni..Tu yang ibu bapa di Malaysia ni pun 'menghauntukan' anak mereka..

    ReplyDelete
  3. wallahualam,mcm2 boleh jd zaman skrg ni..ibu bapa hantu,berhantu2 la anak2nya..nauzubillah min zalik.

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter