Antara soalan awal saya kepada sahabat saya selepas saya tersungkur sebelum ini, adalah
"Ada dak, kerja yang ada pendapatan lumayan, tapi boleh buat aku solat jemaah di masjid 5 waktu?"
Soalan itu sangat penting dan satu fundamental besar buat saya.
Itu turning point yang saya mahukan.
Sebelum ini saya tersilap langkah, percaya dengan orang yang salah.
Bagaimana ISLAM itu diperjuangkan dalam keadaan perkara fundamentalnya diendahkan?
Something is wrong somewhere.
Sebenarnya, yang lebih mereka endahkan dan 'boskan' sebenarnya DUIT, bukan ALLAH.
Itulah sahaja jawapannya.
Suatu ketika dahulu saya memilih rakan kongsi perniagaan adalah kerana percaya kepada orang yang kita pernah kenal dari mereka sebelum kaya sehinggalah sudah jadi jutawan.
Rupanya mereka pun apabila duduk dalam dunia bisnes, mereka 'kona' sana sini untuk membetulkan dan menghalalkan segala kezaliman yang mereka lakukan.
Neraca ISLAM hanya tunggangan dan wayang, yang mereka benar-benar pegang adalah 'tuhan DUIT'.
Suatu masa kita tengok orang lain dizalimi, rupanya sampai masa, kita pula yang dizalimi sesuka hati, seolah kita tiada guna sekupang pun dan seolah kita tak pernah menyumbang apa-apa, masa-masa yang telah kita laburkan diambil mudah apatah lagi untuk dihargai.
Apa yang sudah ALLAH taqdirkan berlaku pasti ada hikmah yang penting untuk kita belajar.
Saya tak pernah menyesal dengan apa yang saya sudah pilih sebelum ini, saya sangat yakin yang ALLAH menetapkan sesuatu yang baik, untuk siapkan saya dengan perancangan-NYA yang maha hebat.
Diri ini amat bersyukur atas segala ujian ini.
Kini, impian besar saya mahu pulang dan berpulang dalam keadaan benar-benar ber-boskan ALLAH dalam segenap perkara.
Tak mudah, tapi bila bersama ALLAH tiada apa yang patut diresahkan.
Pasti DIA bantu.
Pasti.
_____
Muhd Iqbal Samsudin
1226, 150225
Alor Setar, Kedah.